fbpx

Bufet makanan laut di Iconic Hotel Penang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada menu menyelerakan disaji kepada pengunjung di Mezza 9, Iconic Hotel Penang.

JURU – Kebenaran rentas negeri dan banyak lagi sektor ekonomi dibuka seiring kejayaan Malaysia mencatat kadar pengambilan vaksin populasi dewasa sehingga 97 peratus telah memberi peluang kepada industri perhotelan berperingkat-peringkat pulih daripada pandemik Covid-19.

Selain mencatat kadar tempahan hotel yang semakin meningkat baik, banyak pemain dalam industri berkenaan turut membuka kafe dan restoran di premis masing-masing selain menawarkan promosi menu makanan kepada pengunjung.

Iconic Hotel Penang yang terletak di lokasi strategik di Bukit Mertajam dekat sini turut aktif menganjurkan pelbagai promosi menarik termasuk tawaran makan malam secara bufet berkonsepkan makanan laut melalui tema C-Bites Eat All You Can dengan tawaran harga serendah RM98+ seorang.

Menurut kenyataan, jamuan makan malam itu hanya dianjurkan pada hari Jumaat dan Sabtu di restoran Mezza9 di hotel ber­kenaan.

“Kami mengunjurkan tempahan bufet untuk makan malam di sini boleh mencecah lebih daripada 60 peratus ekoran trend masyarakat yang suka keluar bersantai bersama keluarga dan rakan pada hujung minggu,” katanya.

Hotel yang memiliki 195 bilik pelbagai jenis itu, berkeyakinan terhadap sambutan berterusan daripada pengunjung kerana pilihan istimewa menu makanan lautnya seperti BBQ dengan sambal istimewa, Kam Heong.

Hidangan itu terbahagi kepada beberapa stesen seperti pembuka selera berkonsepkan makanan Jepun, sup, smoked and cold cuts, dim sum, makanan yang digoreng, carving and bbq seafood, lauk kari berasaskan makanan laut, tomyam, pelbagai hidangan mi serta masakan Barat, Melayu serta masakan Cina.

“Sempena pembukaan dine-in di hotel, kami menawarkan potongan 50 peratus kepada individu yang menyambut hari lahir dan juga menerima sepotong kek sebagai tanda penghargaan,” jelasnya.

Restoran yang boleh memuatkan sehingga 60 orang itu juga menawarkan diskaun 30 peratus kepada warga emas berusia 60 tahun, manakala potongan harga 50 peratus untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI