fbpx

Bomba guna anjing pengesan cari warga emas hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menggunakan anjing untuk mengesan warga emas yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menggunakan khidmat dua ekor anjing pengesan jabatan tersebut dari ibu negara untuk membantu mengesan Low You Kian, 65, yang gagal ditemui selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Kelantan sejak semalam.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, penggunaan anjing pengesan itu digunakan untuk mencari petunjuk agar dapat menemui mangsa dengan segera.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa dihentikan pada pukul 6 petang semalam, namun pemantauan rapi tetap dijalankan di bawah Jambatan Sultan Yahya Petra di sini.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut disertai lima buah bot dan Pasukan Penyelamat Di Air JBPM. Kita melakukan rondaan sehingga ke muara sungai kerana bimbang mangsa dihanyutkan arus deras.

“Jika mangsa terjun ke dalam Sungai Kelantan, kita menjangkakan lelaki itu masih berada di sekitar lokasi itu. Sukar untuk kita jangka kerana arus sungai ketika ini amat deras,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang warga emas dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI