fbpx

Kapal dagang Singapura paling banyak ceroboh perairan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kapal yang ditahan sepanjang tahun ini selepas disyaki berlabuh secara haram di perairan Johor. - Foto IHSAN APMM

JOHOR BAHRU – Kapal dagang dari Singapura merupakan yang paling banyak mencerobohi kawasan perairan negeri sepanjang tahun ini.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, sebanyak 32 buah kapal dagang dari republik itu ditahan dalam Ops Jangkar Haram sejak awal tahun sehingga semalam.

Katanya, angka tersebut menyumbangkan kepada jumlah penahanan kapal tertinggi direkodkan dalam sejarah Maritim Negeri Johor iaitu sebanyak 113 buah kapal ditahan.

“Ops Jangkar Haram yang dijalankan pada tahun ini mencatatkan jumlah tertinggi kapal dagang yang ditahan kerana tidak mematuhi peraturan serta undang-undang ketika berada di perairan negara.

“Antara kesalahan yang dilakukan oleh kapal dagang tersebut ialah berlabuh secara haram, tidak mempunyai insurans dan membuat pemindahan minyak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Ops Redback ke-16 kerjasama antara Maritim Malaysia dan Australian Border Force (ABF) di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Hamid Mohd. Amin dan Penasihat ABF di Malaysia, Superintendan John Fleming.

Katanya, Maritim Negeri Johor akan meneruskan Ops Jangkar Haram di kawasan perairan Johor Timur terutama Tompok Utara untuk memastikan pengendali kapal dagang dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Selain Singapura, katanya, antara negara lain yang mencatatkan kes penahanan tertinggi ialah Indonesia dengan 12 buah kapal, Malaysia (11), Greece (8) dan Hong Kong (5).

“Penahanan terbesar ini adalah satu kejayaan besar buat Maritim Negeri Johor yang menjadi bukti keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan. Jumlah kapal yang ditahan pada tahun-tahun terdahulu tidak pernah cecah 100 buah kapal,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI