fbpx

Dua kenderaan rosak angkara ‘colek mangga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah Proton Waja berhenti secara mengejut hanya kerana ingin membeli mangga.

PETALING JAYA – Ada sebab kenapa kerajaan tidak membenarkan peniaga menjual barang mereka di hentian lampu isyarat.

Antara sebabnya adalah bakal menyusahkan pengguna jalan raya lain seperti apa yang berlaku pada klip video yang tular di media sosial ini.

Melalui satu perkongsian video di media sosial ketika ini menyaksikan pemandu sebuah kereta Proton Waja memberhentikan kenderaan tersebut di tengah jalan semata-mata ingin membeli ‘colek mangga’.

Mangga terbabit dilaporkan dijual oleh seorang penjual yang menjaja di tepi sebuah lampu isyarat di Pulau Pinang.

Tindakan pemandu Proton Waja itu memberhentikan keretanya secara mengejut menyebabkan dua buah kenderaan yang berada di belakangnya berlanggar sesama sendiri.

Namun paling menyakitkan hati, selepas sahaja membeli mangga tersebut pemandu itu terus berlalu dari situ tanpa pedulikan nasib dua buah kenderaan yang berlanggar di belakangnya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai dan menyifatkan pemandu itu sangat kurang ajar dan pentingkan diri sendiri.

“Sebab dia berhenti mengejut nak beli mangga, kereta belakang pula eksiden, sakit hati bila tengok dia pergi macam tu saja,” jelas Farah Hanan.

“Ada sebab kenapa orang tak bagi menjaja tepi jalan, ini la masalahnya. Yang meniaga tu satu hal, yang membeli pula satu hal.

” Jangan ingat kau sorang saja yang pandu kereta. Orang susah sebabkan kau, kau boleh je buat tak tahu, orang apa ni?” soal Mamat Jakar. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI