fbpx

Kritiklah, Ain Edruce tak kisah pun…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIN EDRUCE

BIARPUN sudah banyak kali menjadi pengacara dalam pelbagai program televisyen, pelakon Ain Edruce tetap dikritik netizen yang tidak gemar dengan cara dia mengendalikan rancangan Lagu Cinta Kita 3.

Diva pun kurang pasti apa yang menyebabkan Ain dikritik hebat, sedangkan dia sudah berpengalaman menjadi seorang pengacara.

Mungkin netizen masih dibayangi ‘kekecohan’ dan membuat perbandingan dengan pengacara terdahulu iaitu Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom bersama Azwan Ali (Diva AA).

Masakan tidak, ketika mereka digandingkan pada tahun lalu, ramai yang puji serasi, meriah dan kelakar. Gabungan yang menjadi!

Jadi apabila menampilkan gandingan baharu iaitu Ain dengan Kamal Adli, ramai pula yang tak suka. Tapi tak mengapa, sebab Ain tak kisah pun. Masing-masing ada pendapat sendiri.

Diva pun setuju dengan apa yang Ain cakap. Sebab Ain adalah Ain dan dia ada cara tersendiri sebagai pengacara.

DIVA: Ramai terpesona dengan kejelitaan pelakon dan juga model Nasha Aziz walaupun sudah berusia 50 tahun ketika tampil di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 memperagakan koleksi pakaian Rizman Ruzaini baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI