fbpx

Nasha Aziz masih ‘melentik’, kalah remaja usia 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA Nasha Aziz ketika memperagakan pakaian keluaran pereka fesyen Rizman Ruzaini pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW2021) baru-baru ini.

PENGANJURAN minggu pertunjukan fesyen terkemuka baru-baru ini tiba-tiba meledakkan kembali nama aktres yang juga model terkenal, Nasha Aziz.

Nasha mencuri perhatian apabila muncul anggun memperagakan busana gaun sendat rona merah sentuhan pereka Rizman Ruzaini.

Paling menarik perhatian ialah bentuk badannya yang kekal langsing sehingga ramai yang terlupa usianya sudah mencecah 50 tahun.

“Bentuk badan Nasha ialah impian setiap wanita. Macam mana dia masih mampu dapatkan lentikan itu lagi,” puji seorang netizen.

“Usia 50 tapi fizikal mengalahkan remaja berusia 20 tahun,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Selain Nasha, model ternama tanah air lain yang turut mencuri mata umum ialah Tengku Azura, Amber Chia dan Deborah Henry.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI