fbpx

Ribut petir dijangka landa hampir semua negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan hampir kesemua negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, negeri terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah kawasan yang terlibat ialah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan kawasan di Pulau Pinang.

“Di Perak, melibatkan kawasan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Selangor melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya di sini hari ini.

Tambah MetMalaysia lagi, cuaca buruk ini dijangka berlaku sehingga pukul 9 pagi hari ini.

Selain itu, ramalan yang sama melibatkan keseluruhan kawasan di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Melaka .

“Di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Port Dickson dan di Johor kawasan yang terlibat ialah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru.

“Di Sarawak, cuaca buruk turut diramal melibatkan kawasan Kapit (Belaga), Miri (Miri dan Marudi), dan Limbang (Limbang),” katanya lagi.

Sementara itu, di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI