fbpx

Ebit doakan orang ramai dapat melawat makam Rasulullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian video oleh Ebit Lew di Instagram, beliau menziarahi makam Rasulullah S.A.W

PETALING JAYA – Selepas menikmati percutian di beberapa buah negara Eropah kini pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) telah tiba di tanah suci Madinah untuk menunaikan ibadah umrah.

Menerusi perkongsian Ebit Lew di laman sosial Instagramnya hari ini, beliau sedang menunaikan ibadah umrah bersama isteri tercinta sambil meluahkan kerinduannya terhadap Rasulullah S.A.W.

“Ya Allah betapa rindunya, syukur pada Allah S.W.T sebaik sampai di Madinah terus dapat menziarahi baginda Nabi S.A.W, tiada manusia yang paling banyak berkorban berjuang demi kebaikan kita Nabi Muhammad S.A.W.

“Tiada manusia dicintai Allah S.W.T melebihinya, ya Allah satu hari nanti temukanlah kami sekeluarga dengan baginda Nabi S.A.W,” katanya di ruang Instagram.

Tambahnya lagi, beliau mendoakan agar orang ramai berpeluang melawat makam Rasulullah S.A.W yang terletak di Masjid Nabawi, Madinah.

“Ya Allah sampaikanlah seluruh keluarga kami dan kawan-kawan kami semuanya untuk menziarahi Baginda Sallahu alailhi wasallam. Berilah kami sentiasa mencintaiNya,mengikutinya dan menyambung kerja dakwah Nabi Muhammad Sallalahu alaihi wasallam,” ujarnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai mengucapakan terima kasih kerana mendoakan supaya mereka dapat menjejakkan kaki di tanah suci.

“Allahuakhbar, menitis air mata saya bila melihat perkongsian ustaz di dalam Instagram ini, terima kasih kerana mendoakan orang ramai untuk pergi ke sana,” kata Muhd Yurhanis.

“Alhamdulillah ustaz dah selamat sampai di Madinah, saya rindu dengan suasana di sana, semoga Covid-19 ini dapat dihapuskan dengan segera agar kita boleh ke sana,” jelas Syed Ubaidah.

“Terima kasih ustaz kerana mendoakan kami, saya teringin pergi ke sana nak merasai suasana di tanah suci Mekah dan Madinah, saya doakan agar segala urusan ustaz dipermudahkan,” ujar Nur Afiqah.

Perkongsian tersebut mendapat 422,995 tontonan dan 144,190 tanda suka di laman sosial Instagram miliknya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI