fbpx
Taylor Swift berada di kedudukan pertama dalam senarai 50 orang paling berpengaruh di laman Twitter. - AFP/Brandwatch

Taylor Swift paling berpengaruh di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRIGHTON, ENGLAND – Penyanyi popular, Taylor Swift dinamakan sebagai individu  paling berpengaruh di laman sosial Twitter, lapor portal berita Wion News semalam.

Menurut penyelidikan tahunan yang dijalankan oleh syarikat risikan pengguna Brandwatch, Swift menduduki tangga teratas senarai  50 orang paling berpengaruh di Twitter.

Pemain kriket India, Sachin Tendulkar menduduki tempat ke-35 senarai itu dan mendahului banyak nama berpengaruh dari Hollywood termasuk pelakon Dwayne Johnson, Leonardo DiCaprio dan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama.

Nick Jonas, Nicki Minaj, Beyonce, Louis Tomlinson, Bruno Mars, Liam Payne dan Takafumi Hori juga mendapat tempat dalam senarai tersebut.

Senarai itu merangkumi  61 peratus individu lelaki  dan 39 peratus wanita. Pada masa yang sama, 67 peratus daripada mereka yang tersenarai adalah dari Amerika Syarikat, manakala 13 peratus lagi berasal dari Brazil. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN