fbpx

Sempadan negara perlu dibuka selewatnya 1 Januari 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kanan) mempengerusikan Mesyuarat MPN di Kementerian Kewangan di sini, hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Majlis Pemulihan Negara (MPN) mahu sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya 1 Januari 2022 bagi mempercepatkan pemulihan negara khususnya dalam sektor pelancongan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, MPN memahami situasi sukar dihadapi sektor pelancongan negara yang berdepan pemulihan agak perlahan.

Beliau berkata, sektor pelancongan negara antara yang teruk terjejas akibat pandemik Covid-19 disebabkan ketiadaan pelancong antarabangsa.

“Mesyuarat hari ini turut mendengar taklimat daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang berkongsi mengenai perkembangan terkini sektor pelancongan negara.

“MPN juga setuju supaya Kementerian Kewangan (MOF) turut meneliti permohonan MOTAC berhubung bantuan fiskal dan bukan fiskal bagi memulihkan sektor itu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN bil. 5 di sini hari ini.

Katanya, pihaknya juga mahu Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyenaraikan segera negara lain yang dikenalpasti bagi tujuan kerjasama laluan khas atau koridor perjalanan.

Muhyiddin berkata, pembukaan semula sempadan negara perlu selepas mengambilkira tahap pencapaian program vaksinasi negara yang amat baik.

Menurutnya, kadar vaksinasi negara ketika ini adalah terbaik di dunia justeru amat wajar sempadan negara dibuka semula. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI