JITRA – Seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan khianat membaling batu pada kenderaan di jejambat Kilometer 32.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pada Ahad lalu direman selama empat hari bermula hari ini.
Suspek berusia 34 tahun direman sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Jitra, Sri Pracha Nanthini Balabedha.
Kosmo! Online semalam melaporkan perbuatan khianat seorang lelaki dengan membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan di sini berakhir apabila dia ditahan di jejambat Bandar Darulaman di sini hari ini.
Suspek ditahan ketika dia dipercayai mahu mengulangi perbuatan sama di lokasi tersebut kira-kira pukul 1.45 tengah hari semalam. – K! ONLINE














