fbpx

Jangan lengahkan pembahagian harta pusaka – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin berkenan merasmikan sistem eFaST secara dalam talian, hari ini.

KANGAR – Umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk tidak melengah-lengahkan urusan pembahagian harta pusaka kerana sikap tersebut boleh merugikan ekonomi mereka sendiri.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pengurusan harta pusaka umat Islam perlu ditadbir dengan cekap dan baik supaya pihak yang layak mendapat haknya seperti ditentukan dalam hukum faraid.

“Berdasarkan laporan akhbar sebelum ini, hampir RM70 bilion nilai harta pusaka dengan majoritinya milik orang Melayu beragama Islam di negara ini tidak dituntut sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga kini.

“Sikap melengah-lengahkan urusan pembahagian harta pusaka perlu dikikis dalam diri masyarakat kerana ia akan merugikan ekonomi umat Islam itu sendiri,” titah baginda selepas merasmikan sistem Faraid Simple Tier atau eFaST oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) secara dalam talian, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI