fbpx

Gerrard pengurus baharu Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERRARD sah dilantik sebagai pengurus baharu Villa dengan kontrak selama tiga tahun setengah. - AFP

BIRMINGHAM – Aston Villa mengumumkan pelantikan Steven Gerrard sebagai pengurus baharu pasukan itu berkuat kuasa serta-merta dengan kontrak selama tiga tahun setengah.

Legenda Liverpool berusia 41 tahun itu dilantik bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Dean Smith yang dipecat pada Ahad lalu ekoran prestasi hambar dengan lima kekalahan berturut-turut.

“Aston Villa adalah sebuah kelab yang kaya dengan sejarah bola sepak di England. Saya sangat berbangga kerana diberikan kepercayaan sebagai pengurus kelab ini.

“Saya mengambil keputusan kerana tertarik dengan cita-cita tinggi kelab ini. Saya sudah tidak sabar untuk membantu Villa merealisasikan impian tersebut,” kata Gerrard.

Gerrard telah membuktikan kredibilitinya dalam bidang kejurulatihan selepas mengemudi Rangers merangkul kejuaraan Liga Perdana Scotland musim lalu sekali gus menamatkan penantian selama 10 tahun.

Bagaimanapun, tugas lebih mencabar menanti Gerrard kerana Villa ketika ini menduduki tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL), hanya dua mata di atas zon penyingkiran.

Aksi pertama Gerrard bersama Villa selepas ini adalah menentang Brighton di Villa Park pada 20 November ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI