fbpx

Polis siasat kes video tular di Sunway Lagoon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan keadaan sesak pengunjung di Taman Tema Sunway Lagoon.

PETALING JAYA – Polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap video tular yang memaparkan keadaan sesak pengunjung di Taman Tema Sunway Lagoon di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, pihaknya telah mengesan satu video tular yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook @Rizal Hakimm Punyer berdurasi 13 saat berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di taman tema tersebut.

“Sehingga kini pihak polis masih belum menerima sebarang laporan polis berkaitan isu tersebut.

“Hasil siasatan awal, Taman Tema Sunway Lagoon boleh memuatkan seramai 40,000 orang dalam satu-satu masa manakala kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 adalah seramai 20,000 orang dalam satu-satu masa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pada tarikh kejadian berlaku iaitu 6 November lalu, terdapat seramai 3,513 orang pengunjung yang direkodkan berada di dalam kawasan taman tema tersebut.

“Pihak kami akan menjalankan siasatan terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya wujud pelanggaran SOP PPN Fasa 4,” kata beliau.

Selain itu, pihaknya juga amat mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pihak polis dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian  03-56210343 untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI