fbpx

Kerajaan sediakan pelbagai inisiatif bantu OKU mendirikan rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IDRIS Ahmad

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah merangka pelbagai inisiatif kepada orang kelainan upaya (OKU) Muslim bagi memudahkan mereka mendirikan rumah tangga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, inisiatif berkenaan adalah selaras dengan Pelan Tindakan OKU Kebangsaan dan juga Dasar OKU Negara yang sedia ada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Beliau berkata, antara inisiatif yang telah diambil adalah pengecualian Kursus Praperkahwinan Islam kepada golongan OKU selaras dengan keputusan Persidangan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Seluruh Malaysia (KPNCR) kali ke-39/2018.

“Selain itu, negeri Melaka juga menggantikan pengecualian menghadiri kursus pra-perkahwinan kepada pelaksanaan temuduga kepada OKU penglihatan, pendengaran dan lembam,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaaan, Shaharizukirnain Abdul Kadir (Pas-Setiu) yang meminta sejauh mana pelaksanaan kursus pra-perkahwinan kepada komuniti OKU telah dijalankan sebagaimana yang telah digariskan dalam Dasar Pemerkasaan OKU Rabbani.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI