fbpx

Kedah catat kes kematian tertinggi akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kedah merekodkan angka kematian tertinggi dengan 19 kes daripada 78 kes kematian Covid-19, menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia sebanyak 29,427 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan sepanjang tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 19 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di seluruh negara sebanyak 5,951 kes,” katanya hari ini.

Negeri lain mencatatkan kematian ialah Sarawak (13), Selangor (12), Kelantan (8), Sabah (8), Perak (7), Johor (5), Melaka (2), Terengganu (2), Negeri Sembilan (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 61,803 kes aktif melibatkan 48,058 kes dikuarantin di rumah, 7,703 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,500 kes di hospital, 274 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 268 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Daripada 5,403 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,080 kes), Kelantan (792 kes), Sabah (545 kes), Sarawak (416 kes), Kuala Lumpur (413 kes), Kedah (412 kes), Johor (385 kes), Pahang (258 kes), Terengganu (246 kes), Pulau Pinang (245 kes), Melaka (200 kes), Perak (161 kes), Negeri Sembilan (160 kes), Putrajaya (48 kes), Perlis (35 kes) dan Labuan (tujuh kes). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI