fbpx

Gadis bisu tertekan lima tahun cari kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farah Azira

SEREMBAN – Usaha keras seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) yang tidak kenal erti jemu mencari peluang pekerjaan di pelbagai tempat sejak lima tahun lalu membuahkan hasil apabila akhirnya dia diterima bekerja.

Farah Azira Mohd. Nor, 31, yang mengalami masalah bisu itu diterima bekerja sebagai penjaga kaunter sebuah pasar raya selepas menghadiri temu duga Karnival Kerjaya Inspirasi OKU 2021 anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Saya pergi temuduga banyak tempat sehingga ke Pulau Pinang. Tapi semua permohonan saya ditolak memang sedih tapi saya tidak putus asa.

“Dalam tempoh lima tahun tiada kerja, saya jadi ‘babysister’ (pengasuh bayi). Saya bersyukur sangat hari ini akhirnya saya diterima bekerja,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Farah Azira yang merupakan anak kedua dari lima beradik dan mempunyai kelulusan Sijil Kemahiran Khas Politeknik dalam bidang reka bentuk grafik berharap lebih banyak majikan memberi peluang kepada OKU untuk bekerja dan tidak melakukan diskriminasi.

“Orang OKU juga mahu bekerja sekiranya diberi peluang, justeru saya menyeru rakan-rakan OKU supaya tidak merasa rendah diri dan menghadiri temu duga yang disediakan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Firdhauz Abdul Rashid, 24, yang merupakan OKU yang mengalami masalah hilang pergerakan (lumpuh) akibat kemalangan empat tahun lalu pula berkata, dia berharap mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih baik.

Menurut Muhammad Firdhauz, penganjuran karnival itu sangat membantu dan memudahkan OKU sepertinya untuk mencari pekerjaan.

“OKU ini ada yang berpelajaran. Kita bukannya memilih, tapi mahu juga diberi peluang bekerja sama seperti orang normal.

“Sebelum ini saya bekerja memasukkan data penerimaan barang di sebuah syarikat, tetapi mereka tidak memahami keadaan saya,” katanya yang mempunyai sijil kemahiran Microsoft dan Excel.

Muhammad Firdhauz mengakui pada awalnya bukan mudah untuknya menerima hakikat dirinya kini OKU sehingga terperap dua tahun di dalam rumah.

“Selepas kemalangan itu, dua tahun saya duduk rumah kerana tak yakin pada diri.

“Selepas selesai jalani rawatan, saya terus buat keputusan mencari kerja dan mahu majukan diri,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI