fbpx

Angkasawan ISS kembali ke Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar daripada siaran langsung SpaceX menunjukkan kapsul Dragon dalam perjalanan kembali ke Bumi semalam. – AFP

WASHINGTON – Sebuah ­kapsul SpaceX membawa empat angkasawan pulang ke Bumi selepas enam bulan yang sibuk di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), mendarat di luar pantai negeri Florida kelmarin, demikian menurut siaran langsung Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Kapsul tersebut mendarat di Teluk Mexico pada pukul 10.33 malam (Waktu Timur Amerika Syarikat) sekali gus menandakan berakhirnya misi Kru-2.

Sebuah bot menunda kapsul tersebut, manakala keempat-empat angkasawan itu dibawa ke darat dengan menaiki helikopter.

Sejak tiba pada 24 April lalu, kru yang terdiri daripada dua rakyat Amerika Syarikat (AS), seorang warga Perancis dan seorang ­angkasawan Jepun itu melakukan beratus-ratus eksperimen dan membantu menaik taraf panel-panel solar di ISS.

“Mereka menaiki kapsul Dragon dan berlepas dari ISS pada pukul 2.05 petang (waktu tempatan),” kata NASA.

Kapsul Dragon yang terbang secara automatik, mempunyai sebuah tingkap bulat pada bahagian atasnya. Angkasawan-angkasawan boleh merakam gambar menerusi tingkap tersebut.

“Berbangga dapat sekali lagi mewakili Perancis di angkasa lepas! Hentian seterusnya, Bulan?” kata angkasawan Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), Thomas Pesquet.

Bagaimanapun, cuaca buruk menyebabkan pelancaran roket yang membawa pengganti mereka menerusi misi Kru-3 yang sepatutnya dilancarkan hari ini telah tergendala.

Pada masa ini, ISS dihuni oleh cuma tiga angkasawan iaitu dua warga Rusia dan seorang rakyat AS.

Syarikat SpaceX mula menyediakan perkhidmatan menghantar dan membawa pulang angkasawan dari ISS pada 2020 sekali gus menamatkan penggantungan sembilan tahun AS terhadap roket Rusia susulan penamatan program kapal angkasa Space Shuttle. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI