fbpx

Aktiviti sosial akan disekat jika kes Covid-19 meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Semua aktiviti sosial akan disekat semula sekiranya kes berkaitan Covid-19 kembali meningkat dan menular dalam masyarakat negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mastura Yazid berkata, walaupun aktiviti sosial akan disekat, namun semua sektor ekonomi akan berjalan seperti biasa.

Jelas beliau, kerajaan hanya menggunakan satu prosedur operasi standard (SOP) yang merupakan protokol kesihatan umum.

“Walaubagaimanapun jika berlaku kes mendadak dan meningkat, kerajaan akan melaksanakan langkah ‘deterrence’ (mengugut) dan memantau dengan sistem ‘heightened alert’ dimana hanya terdapat dua kategori dalam sistem ini iaitu tinggi atau rendah.

“Jika dilihat berisiko tinggi, kerajaan akan mengenakan sekatan aktiviti sosial dan bukannya aktiviti ekonomi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) yang meminta kerajaan menjelaskan adakah kerajaan bercadang untuk membuat satu pelan baharu memandangkan ramai yang mula tidak menjaga SOP kerana bebas bergerak menjalankan aktiviti sosial, sekali gus wabak Covid-19 boleh meningkat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI