fbpx

Ahli perniagaan rugi RM310,000 angkara Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Akibat mendedahkan maklumat perbankan kepada ‘pegawai bank’ palsu, seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM310,000 ditipu sindiket penipuan Macau Scam dalam kejadian Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, pihak JSJK menerima satu laporan yang dibuat mangsa (ahli perniagaan) yang berusia 55 tahun itu semalam.

“Berdasarkan laporan, kejadian itu berlaku kelmarin apabila mangsa yang merupakan warga tempatan telah dihubungi oleh seorang ‘pegawai bank’ yang mendakwa kad kredit miliknya telah digunakan dalam jumlah yang besar.

“Mangsa telah diminta untuk menghubungi ‘Bank Negara Malaysia’ melalui nombor telefon yang telah diberikan.

“Dalam perbualan tersebut, mangsa diminta untuk mendedahkan maklumat perbankan, bagaimanapun mangsa menyedari dirinya ditipu apabila menerima mesej memaklumkan telah berlaku beberapa transaksi daripada akaun miliknya ke akaun yang tidak dikenal pasti melibatkan jumlah RM310,000,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan Macau Scam, orang ramai perlu mendapatkan butir-butir terperinci pihak berkuasa yang berkaitan tentang sebarang siasatan seperti nama atau pangkat pemanggil serta tempat bertugas.

“Di samping itu, perlu juga membuat panggilan semula kepada agensi berkenaan melalui talian rasmi termasuk tidak mendedahkan maklumat akaun dan OTP/TAC kepada pihak ketiga melalui panggilan telefon,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI