fbpx

Silap pilih tayar jejas tunggangan Hafizh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH SYAHRIN gagal mengutip sebarang mata selepas menamatkan saingan di tempat ­ke-18 pada GP Algarve di Portugal kelmarin.

IMPIAN Hafizh Syahrin Abdullah untuk kembali mengutip mata tidak kesampaian selepas berdepan masalah tayar sekali gus menghalangnya untuk mendapatkan tunggangan terbaik pada perlumbaan Grand Prix (GP) Algarve kelmarin.

Pelumba berusia 27 tahun itu berada di landasan untuk mendapatkan mata selepas berada di kedudukan ke-15 di pertengahan perlumbaan, namun Hafizh dilihat bergelut untuk mengekalkan tunggangan terbaiknya hanya berpuas hati menamatkan saingan tempat ke-18.

Kali terakhir Hafizh mengutip mata bersama pasukan NTS RW Racing GP ialah ketika di GP Itali pada Mei lalu selepas mengakhiri perlumbaan tempat kesembilan untuk meraih tujuh mata.

“Pada perlumbaan di GP Algarve, kami mempertaruhkan pemilihan tayar kerana ke­adaan suhu trek kekal di antara penggunaan tayar jenis lembut atau sederhana.

“Bagaimanapun, pada ak­hirnya saya dan kru membuat keputusan yang salah kerana menggunakan tayar jenis lembut pada perlumbaan tersebut,” kata Hafizh.

Selepas mengharungi 17 pusingan perlumbaan, Hafizh kini menduduki tangga ke-28 ke­seluruhan dengan lapan mata.

Hafizh mengesahkan dia tidak meneruskan perlumbaan Moto2 bersama pasukan NTS RW Racing GP pada musim depan dan tempatnya digantikan dengan pelumba CEV, Van den Goorbergh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI