fbpx

Hamilton akur gagal saingi Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN berjaya menjulang kejuaraan pada GP Mexico awal pagi semalam menafikan saingan daripada Hamilton. – AFP

MEXICO CITY – Lewis Hamilton mengakui tidak berdaya untuk menghalang seteru utamanya, Max Verstappen yang terus menaiki podium selepas muncul juara di Grand Prix (GP) Mexico awal pagi semalam.

Hamilton mengakui jentera Red Bull jauh lebih berkuasa dan pada saingan itu dia ketinggalan 16.5 saat di belakang Verstappen sementara seorang lagi pelumba pasukan itu, Sergio Perez turut cemerlang menamatkan saingan di tempat ketiga.

Hasil keputusan tersebut, Vers­tappen kini melebarkan pe­nguasaan bagi kategori pelumba dengan memiliki kelebihan 19 mata berbanding Hamilton ketika perlumbaan hanya berbaki empat pusingan musim ini sebelum tamat.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Verstappen. Jentera mereka sa­ngat berkuasa hujung minggu ini dan tidak ada apa yang dapat kami lakukan.

“Saya memberikan segalanya untuk mengejar Verstappen dan ia adalah satu pertembungan menarik ketika berdepan Sergio Perez sehingga ke penghujung perlumbaan. Sekurang-kurang ha­ri ini kami masih mampu berada di kedudukan kedua.

“Jelas pada perlumbaan tadi menunjukan betapa lajunya jentera Red Bull kerana Perez betul-betul berada di belakang saya. Saya sangat menikmati perlumbaan tersebut,” kata Hamilton.

Dalam pada itu, Verstappen mengakui sangat gembira de­ngan prestasi jenteranya hingga membantu untuk melakar kemenangan di Mexico.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan ini dan saya cuba fokus pada pemanduan sehingga akhir perlumbaan. Apa pun, perjalanan masih jauh dan saya perlu kekal fokus pada baki perlumbaan musim ini.

“Saya juga tidak sabar untuk ke Brazil minggu depan kerana saya mempunyai kenangan yang sangat baik di sana. Saya harap kemenangan ini dapat melonjak­kan semangat pasukan,” ujar Vers­tappen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI