fbpx

Sindiket PATI Ibu Ani tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rosli menunjukkan rangkaian sindiket Ibu Ani . Foto: ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Kegiatan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) didalangi wanita warga Indonesia dikenali ‘Ibu Ani’ tumpas dalam operasi bersepadu dilaksanakan Maritim Malaysia (APMM) baru-baru ini.

Suspek utama berusia 56 tahun yang mempunyai dokumen sah itu diberkas pukul 5 pagi di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Penangkapannya adalah susulan kejayaan Bahagian Siasatan Jenayah Maritim Ibu Pejabat Maritim Putrajaya dan Unit Perisikan Maritim Selangor dalam memintas 25 PATI yang ingin keluar negara secara haram sejam sebelum itu di persisiran pantai Sungai Janggut.

Turut ditahan adalah tiga tekong darat di lokasi sama dan tiga tekong laut di Pulau Angsa. Kesemua yang ditahan termasuk PATI berusia 20 hingga 60 tahun.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, penangkapan Ibu Ani adalah hasil siasatan lanjut kes terdahulu di perairan Selangor dan Perak pada bulan lalu.

Katanya, wanita tersebut mempromosikan trip perjalanan keluar dan masuk negara menerusi satu kumpulan khas menerusi aplikasi WhatsApp sebagai contoh.

“PATI yang telah berjaya keluar atau masuk secara haram akan menghantar video dalam kumpulan WhatsApp berkenaan.

“Ini seterusnya menarik PATI lain untuk menggunakan perkhidmatannya dengan bayaran dikenakan RM2,000. Perkara ini seterusnya membuktikan berlaku persaingan antara ejen-ejen PATI ,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI