fbpx

Ketua Pengarah Jakim bersara wajib esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis meraikan Abdul Aziz (kanan) diadakan hari ini sempena hari perkhidmatan terakhirnya mulai esok.

PUTRAJAYA – Hari ini adalah hari perkhidmatan terakhir bagi Datuk Abdul Aziz Jusoh sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana beliau akan bersara wajib mulai esok.

Majlis meraikan hari terakhir Abdul Aziz bertugas berlangsung hari ini dalam satu majlis ringkas dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad di sini.

Idris menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau menyifatkan Abdul Aziz sebagai seorang Pegawai Hal Ehwal Islam yang amat komited, berintegriti serta berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam.

Beliau berkata, Abdul Aziz memulakan perkhidmatan di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (BAHEIS) sejak tahun 1986.

Ujarnya, beliau pernah bertugas sebagai Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Dalam banyak perkara, beliau sentiasa menasihati saya khususnya dalam bidang tugas pentadbiran hal ehwal Islam yang dilaksanakan oleh Jakim.

“Saya mendoakan beliau terus diberikan kesihatan berpanjangan dan terus berbakti kepada pembangunan umat Islam walaupun telah bersara,” katanya.

Katanya, beliau mewakili pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti Abdul Aziz kepada agama, negara dan ummah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI