fbpx

Conte tidak yakin kemampuan Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE (tengah) berdepan tugas berat apabila perlu mendapatkan keputusan positif pada aksi pertamanya di EPL apabila Spurs bakal berdepan Everton malam ini. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte meng­akui bahawa tidak meletakkan harapan untuk pasukan itu terus memberikan kejayaan individu dalam kariernya selepas menjulang beberapa gelaran bersama Juventus, Chelsea dan Inter Milan sebelum ini.

Conte lulus ujian pertama bersama Spurs apabila pasukan itu berjaya menewaskan Vitesse 3-2 pada saingan Liga Konferens Eropah kelmarin tetapi percaya bahawa para pemainnya perlu belajar untuk menerapkan sikap dan pemikiran untuk menang dalam setiap perlawanan.

“Dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika ini, terdapat jurang melibatkan empat pasukan tetapi situasi ini saya anggap sebagai baik buat pasukan kerana ia akan membuatkan kami be­kerja lebih kuat untuk mengurangkannya.

“Secara jujur, buat masa sekarang saya tidak fikir pasukan ini bersedia untuk bersaing me­rebut gelaran. Terdapat banyak pasukan yang berada dalam keadaan stabil ketika ini tetapi untuk memenangi gelaran kami perlu benar-benar stabil.

“Kami perlu meningkatkan usaha, cuba untuk mengubah tahap prestasi dan permainan bagi mendekati pasukan-pasukan teratas. Kami perlu buktikan bahawa kami adalah pasukan yang kuat.

“Untuk kami berada pada tahap tersebut, saya mahu ulangi bahawa kami perlukan masa. Saya tidak takut dengan pemecatan kerana dalam hidup, saya sentiasa bekerja keras untuk mencapai sasaran.

“Pada masa yang sama, kita perlu realistik. Kami perlu memberikan fokus terhadap situasi semasa dan kemudian meletakkan visi untuk tempoh terdekat dan jangka masa panjang,” katanya.

Conte bakal berdepan cabaran dalam saingan EPL buat kali pertama bersama Spurs apabila pasukan itu bakal berdepan Everton pada perlawanan yang berlangsung di Goodison Park malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI