fbpx

Air pasang banjiri bandar Teluk Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini banjir di bandar Teluk Intan, Perak hari ini.

TELUK INTAN – Beberapa kawasan di bandar Teluk Intan  di sini dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar sejak semalam.

Air dikatakan mulai naik dan melimpahi tebing sungai mulai pukul 4 pagi dari Sungai Perak, Sungai Batang Padang dan Sungai Bidor.

Tinjauan Kosmo! mendapati, beberapa buah premis perniagaan di bandar ini yang terletak berhampiran Sungai Perak dinaiki air.

Turut dinaiki air ialah bangunan Pejabat Pos Teluk Intan dan sehingga pukul 12 tengah hari tadi air masih belum surut di beberapa lokasi rendah di bandar ini.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak dalam satu kenyataan berkata, banjir kilat berlaku di Jalan Haji Ngadi, Kampung Hujung Rintis di sini pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 9.54 pagi sebelum menghantar jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan.

“Pemeriksaan mendapati berlaku banjir kilat dipercayai daripada kejadian air pasang surut menyebabkan kira-kira 20 rumah penduduk dinaiki air sedalam 0.3 meter.

“Tiada penduduk dipindahkan tetapi pihak bomba terus berada di lokasi bagi melaksanakan pemantauan,” ujar kenyataan itu.

Bagaimanapun pun, air mulai surut menjelang pukul 12 tengah hari. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI