fbpx
Pemeriksaan lesen memandu antara yang dilakukan anggota JPJ di sekatan jalan raya. - GAMBAR HIASAN

Lapor jika nampak nombor pendaftaran mengelirukan, kabur dan ‘fancy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Lapor jika ternampak nombor pendaftran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’.

Itu kebenaran diberikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada orang ramai jika ternampak mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran mengelirukan.

JPJ menerusi satu kenyataan berkata, aduan berkenaan boleh disalurkan menerusi alamat emel [email protected] bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan.

“Orang ramai adalah disarankan untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’,” katanya.

Ujarnya, semua pihak dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Jika didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” katanya.

Katanya, pemilik kenderaan bakal diambil tindakan untuk ditemu siasat oleh JPJ. – K! ONLINE

POPULAR