fbpx

Latih bukan untuk bagi sijil sahaja -Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH (tengah) memotong pulut kuning sebagai simbolik selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia bangunan Kumpulan Muara, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM — Para usahawan yang mengikuti latihan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Madec) dipastikan layak mendapat bantuan pinjaman kewangan bagi memberi peluang mereka memulakan perniagaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, perkara itu adalah bagi memastikan setiap kursus atau latihan yang diadakan di bawah kementerian bukan hanya tujuan untuk memberikan sijil semata-mata atau pulang dengan tangan kosong.

“Kita hendak melatih bawah Madec untuk jadi usahawan, bukan latih untuk bagi sijil. Boleh bagi sijil tapi apa makna dapat sijil tetapi balik guna tangan kosong dan tidak boleh memulakan perniagaan.

“Mana-mana usahawan dilatih bawah Madec, mereka mesti layak mendapat mendapat pinjaman dan berapa banyak mereka dapat, itu bergantung kepada pegawai yang buat penilaian,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noh memberitahu, pihaknya turut menubuhkan jawatankuasa pemantau di semua 13 agensi di bawah kementeriannya bagi memantau aduan dan pelaksanaan kerja yang bercanggah dengan arahannya.

“Kalau mereka tidak dapat pinjaman dan rasa tidak puas hati apabila bercanggah dengan apa saya cakap dan tidak dilaksanakan, boleh buat aduan kepada saya.

“Saya tubuh Jawatankuasa Pemantau terdiri daripada ahli lembaga pengarah yang akan memantau pengurusan di bawah kementerian sebelum saya memanggil kedua-dua pihak (pengadu dan kakitangan) bagi melihat di mana kesilapannya,” ujarnya.

Jelas Noh, perkara-perkara dilakukan itu adalah antara sistem yang diusahakan bagi membantu usahawan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 termasuk mengarahkan kakitangannya untuk membantu golongan ini tanpa melalui proses semakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) atau CTOS.

“Kita sekarang menghadapi keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) luar biasa. Jadi sebab itu di Madec saya arahkan kurangkan birokrasi ini.

“Kalau kita ada rekod lama, tak perlu tengok kerana niat kerajaan hendak bantu segera pulihkan ekonomi. Bila enam bulan nanti ekonomi sudah pulih, baru balik kepada cara lama,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI