fbpx

Kelantan FC, PJ City terikat tanpa jaringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tonggak TRW, Nurshamil Abd. Ghani (kanan) cuba melepasi kawalan benteng pertahanan PJ City di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO IHSAN TRW KELANTAN FC

KOTA BHARU – Kelantan FC sekadar berkongsi satu mata dengan Petaling Jaya City (PJ City) apabila seri tanpa jaringan pada saingan Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, pemain skuad The Red Warriors (TRW), Syed Sobri Syed Mohd. terlepas peluang terbaik meletakkan Kelantan FC dihadapan apabila rembatan derasnya di minit ke-18 tersasar dari gawang gol pelawat.

Giliran PJ City pula menguji gawang tuan rumah pada minit ke-27 menerusi rembatan kencang dari R. Kogeleswaran yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan FC, Mohamad Faridzuen Kamarudin.

Mohamed Faridzuen terus menjadi penyelamat Kelantan FC apabila berjaya mengagalkan percubaan bahaya yang dilakukan oleh K. Prabakaran pada minit ke-43.

Dominasi pelawat berterusan selepas itu, namun benteng pertahanan Kelantan FC kental bertahan sehingga tamat babak pertama.

Peluang terbaik Kelantan FC memecah kebuntuan jaringan hadir pada minit ke-71 menerusi sepakan percuma Christos Intzidis yang berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang pelawat, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Mohamad Faridzuen sekali lagi memperagakan aksi cemerlang apabila bertindak pantas melayan badang untuk menepis keluar bola rembatan Sunil Chandran untuk menutup peluang pelawat mendapat jaringan pada minit ke-78. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI