fbpx

Keputusan rayuan Kelantan FC terserah kepada FIB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB GHANI (kanan) ketika hadir dalam sidang akhbar bersama Hannah (tengah) di Iskandar Puteri hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyerahkan keputusan permohonan rayuan Kelantan FC sepenuhnya kepada First Instance Body (FIB) sama ada layak memberikan Lesen Kebangsaan kepada pasukan itu atau tidak.

Presiden MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan mengesahkan pihaknya telah menerima rayuan daripada kelab Pantai Timur itu beberapa hari sebelum tamat tempoh rayuan yang berakhir semalam.

“Kita telah menerima dokumen-dokumen daripada skuad The Red Warriors (TRW) untuk memperoleh lesen itu bagi membolehkan mereka terus kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

“Bagaimanapun, keputusan itu kita serahkan kepada FIB untuk membuat penilaian secara rapi sebelum memberikan kata putus,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025, di sini hari ini.

Sebelum ini, MFL mengesahkan bahawa Kelantan FC gagal memperoleh Lesen Kebangsaan, namun diberi peluang untuk membuat rayuan sebelum 8 Januari ini.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif dalam kenyataan menjelaskan keputusan itu dibuat kerana TRW didakwa gagal untuk melengkapkan dua kriteria kewangan dibawah sub kriteria F.04 dan F.11. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI