fbpx

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku sehingga esok.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran hujan berterusan itu dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu.

“Di Kelantan, cuaca itu dijangka berlaku di Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

“Di Terengganu pula, amaran tersebut dikeluarkan bagi daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan seluruh Melaka dan Perlis, selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah yang dijangka berterusan sehingga 5 petang ini.

“Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Sik. Sementara di Perak, cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Di Kelantan pula, daerah seperti Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah Machang dan Kuala Krai turut diberikan amaran ribut petir. Ia termasuk juga beberapa daerah di Terengganu seperti di Hulu Terengganu dan Marang,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, cuaca tersebut turut akan berlaku di Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan); Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

“Sementara itu di Sarawak pula, hujan lebat berserta ribut petir dijangka berlaku di Samarahan (Simunjan), Betong (Kabong), Sarikei, Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Belaga) dan Bintulu.

“Keadaan sama juga diramal akan melanda beberapa daerah di Sabah iaitu di Pedalaman (Sipitang, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran),” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI