GAMBAR HIASAN

Tisu magic buruan lelaki kuat seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kedai runcit Aceh yang menjadi tumpuan ramai di kawasan perumahan bukan sahaja menjual pelbagai barangan, malah kebanyakan premis itu kini turut dikesan sewenang-wenangnya menjual tisu magic atau ubat kuat seks.

Tisu basah yang mampu memberi kesan kebas dalam tempoh kira-kira setengah jam itu mendapat permintaan tinggi daripada golongan lelaki yang mahu ‘beraksi’ lebih hebat ketika menjalinkan hubungan intim bersama pasangan.

Tinjauan Kosmo! di beberapa kedai runcit Aceh baru-baru ini mendapati, produk pengganti ubat tahan lama itu begitu mudah dibeli dan pengguna hanya perlu meminta tisu magic daripada penjual yang biasanya menyimpannya di bawah kaunter.

Tisu magic itu dijual pada harga RM8 hingga RM10 sekotak yang mengandungi enam peket kecil di dalamnya.

Berdasarkan kandungan pada kotak bungkusan itu, tisu magic mengandungi alkohol, Benzalkonium Chloride sebanyak 0.0025 peratus dan Betaine (0.003 peratus).

Ia juga dikatakan boleh digunakan sebagai antiseptik untuk membunuh atau mencegah pembiakan bakteria pada permukaan kulit di tempat sensitif.

Tisu magic dikatakan bertindak seperti menggunakan minyak gambir.

Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Azrul berkata, tisu basah tersebut boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai runcit Aceh di sekitar Lembah Klang.

“Produk ini ada dijual di kedai-kedai runcit yang dikendalikan warga Aceh. Saya diberitahu tisu basah ini dikeluarkan di negara seberang sebelum dijual secara haram di kedai-kedai runcit Aceh di negara ini.

“Sekarang ini, ia juga lebih mudah didapati kerana turut dijual di platform e-dagang.

“Pengguna yang segan membelinya secara terus di kedai boleh mendapatkan menerusi platform tersebut dengan harga yang lebih murah sekitar RM5 hingga RM8 sekotak,” ujarnya.

Seorang lagi pengguna yang ingin dikenali sebagai Kamal memberitahu, tisu basah tersebut memberi kesan kebas dan mampu bertahan dalam tempoh 30 hingga 45 minit.

“Saya mula mengetahui mengenai produk ini selepas terlihat satu iklan di Facebook. Saya membeli dengan harga RM8 sekotak dan terdapat enam peket kecil di dalamnya.

“Ia kelihatan seperti tisu basah dan mempunyai bau yang agak wangi. Tisu ini perlu disapu dan dibiarkan selama 5 hingga 10 minit dan kemudiannya dibasuh dengan air biasa sebelum memulakan hubungan intim,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN