fbpx

Kes aktif Covid-19 bawah 70,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes aktif Covid-19 direkodkan bawah angka 70,000 dengan 69,153 kes dilaporkan semalam, menurut data pada laman web CovidNow.

Berdasarkan maklumat tersebut, kes itu melibatkan 53,990 kes dikuarantin di rumah, 9,162 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 5,431 kes di hospital.

“Selain itu, sebanyak 277 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 293 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan,” demikian data yang dipaparkan di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 44 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian Covid-19 sebanyak 28,876 kes.

“Tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam. Terdapat empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 5,839 kes,” ujarnya.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Sarawak (10), Johor (5), Sabah (5), Kedah (4), Kelantan (4), Selangor (3), Kuala Lumpur (3), Melaka (2), Terengganu (2), Perlis (2), Negeri Sembilan (1), Pahang (1), Perak (1) dan Pulau Pinang (1) serta tiada kematian di Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 5,854 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,401 kes), Sabah (650 kes), Sarawak (646 kes), Kelantan (450 kes), Johor (435 kes), Pahang (350 kes), Kedah (345 kes), Kuala Lumpur (309 kes), Pulau Pinang (270 kes), Terengganu (266 kes), Perak (231 kes), Melaka (223 kes) Negeri Sembilan (213 kes), Perlis (35 kes), Putrajaya (29 kes) dan Labuan (satu kes). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI