fbpx

TikTok artis, Reen Rahim, Didie Alis bertemu ruas!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REENN RAHIM dan Didie Alias kini aktif menghiburkan peminat dengan vdeo lucu dan tarian menerusi TikTok.

SEBUT sahaja nama Didie Alias, sudah terbayang perangai ‘gila-gilanya’ walau di mana sahaja berada.

Jadi, pasti ramai pun boleh bayangkan apabila Didie bertemu Reen Rahim? Memang gamat dibuatnya.

Gelagat ‘masuk air’ dua aktres itu dapat disaksikan dalam video TikTok yang dikongsi Reen baru- baru ini.

GELAGAT ‘masuk air’ Reen Rahim dan Didie Alias dalam TikTok.

Dalam video tersebut, Didie berseloroh pening dengan perangai Reen yang sedang asyik menari di belakangnya.

“Gilalah dapat anak Reen Rahim, kenapa kau panggil aku untuk cerita ini?” kata pelakon drama Cukup Derita Itu dengan wajah tertekan.

Memang tak kering gusi netizen melihat gelagat dua aktres itu. Sehingga kini, video tersebut juga telah ditonton lebih 1.2 juta pengguna TikTok.

Selain video berkenaan, ada sahaja video TikTok Didie yang menggeletek hati termasuklah dengan Azhan Rani dan Jasmin Hamid di lokasi penggambaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI