fbpx

Aksi ‘pelesit’ penunggang motosikal elak kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi penunggang motosikal yang berjaya memotong sebuah kereta yang sedang membelok ke kanan jalan.

PETALING JAYA – Hanya beberapa saat sahaja memisahkan dirinya dengan ajal.

Itulah situasi yang dialami seorang penunggang motosikal selepas dapat mengelak kemalangan dengan sebuah kereta.

Aksi cemas itu dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta sebelum tular di laman Facebook hari ini.

Menerusi rakaman berdurasi 40 saat itu, kelihatan sebuah kereta membelok ke kanan sebelum ‘kelibat’ sebuah motosikal dengan laju lalu di hadapan kenderaan terbabit.

Tindakan penunggang motosikal itu nyaris menyebabkan kemalangan, namun dengan kelajuan umpama ‘pelesit’ itu dia dapat ‘melepaskan diri’ daripada sebarang musibah.

Bagaimanapun lokasi dan waktu kejadian tidak dinyatakan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan penunggang motosikal yang seolah-oleh sengaja mengundang kemalangan apabila cuba memotong kereta yang sedang memasuki simpang.

“Takkan tak nampak kereta sedang membelok ke simpang ke saja nak uji motosikal boleh pergi laju mana, jangan sampai masuk kubur sudahlah,” tulis Joe Bundle.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ayie Katana.

“Selang berapa saat je lagi nak bertemu dengan ajal, jika tidak pasti sesuatu yang buruk akan menimpa penunggang motosikal tersebut. Kali ini nasib menyebelahi dia,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI