fbpx

Marquez hanya mahu fokus prestasi sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ (kiri) dan rakan sepasukan, Pol Espargaro (kanan) meraikan kejayaan muncul pemenang 1-2 pada GP Emilia Rogmana di Litar Misano minggu lepas. – REPSOL HONDA

MISANO – Pelumba utama pa­sukan Repsol Honda, Marc Marquez enggan memikirkan me­ngenai peluang untuk mendaki carta kategori pelumba selepas mempamerkan prestasi cemerlang sejak menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) pada dua edisi yang lepas.

Sebagai rekod, Marquez yang juga juara Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) sebanyak enam kali itu berjaya mendominasi GP Amerika dan GP Amelia Rogmana untuk menduduki tangga keenam dengan 142 mata ketika perlumbaan berbaki dua pusi­ngan.

Kata Marquez, meskipun berpeluang untuk menduduki sekurang-kurangnya tangga ke­ti­ga kategori pelumba secara keseluruhan, jaguh permotoran kelahiran Sepanyol itu hanya mahu memberi tumpuan terhadap prestasi berbanding memikirkan tentang kedudukan carta pelumba.

“Secara jujur, saya tidak fikir langsung mengenai kedudukan carta kategori pelumba kerana saya hanya fokus dengan prestasi diri sendiri di atas litar.

Sejak GP Austria pada Ogos, saya anggap diri ini adalah yang terbaik berdasarkan jumlah ma­ta yang berjaya dipungut.

“Apa yang pasti, saya percaya rentas konsisten yang dipamerkan terutama menjuarai dua perlumbaan GP yang lepas memberi motivasi tambahan buat saya dan pasukan untuk menamatkan baki perlumbaan musim ini de­ngan cemerlang.

“Jika saya berjaya meraih kedudukan ketiga atau keempat teratas di penghujung musim, ia adalah bonus tetapi fokus utama sudah tentulah untuk mempersiapkan jentera bagi merampas semula kejuaraan MotoGP musim depan,” kata pelumba berusia 28 tahun itu.

Pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo telah mengesahkan status juara musim ini dengan mengutip 267 mata ­diikuti Francesco Bagnaia (Ducati/202 mata), Joan Mir (Suzuki/175 mata), Johann Zarco (Pramac/152 mata) dan Jack Miller (Ducati/149 mata). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI