fbpx
DANIAL SYAHMI mengakui berpeluang untuk mengejar kedudukan pendahulu ATC, Furusato di Litar Mandalika, Indonesia dari 12 hingga 14 November depan.

Danial Syahmi sedia buru podium di Litar Mandalika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELUMBA berbakat negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril bertekad untuk melakar kemenangan hatrik pada Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) pada hujung minggu ini sebagai bekalan terbaik sebelum perlumbaan Asia Talent Cup (ATC).

Danial Syahmi mengakui peluang untuk mengejar kedudukan pendahulu dari Jepun, Taiyo Furusato masih belum berakhir dan dilihat masih terbuka untuk memintas seteru utamanya pada pusingan akhir musim 2021 di Litar Mandalika, Indonesia dari 12 hingga 14 November ini.

Furusato mendahului carta keseluruhan dengan 100 mata, manakala Danial di kedudukan kedua dengan 59 mata dan hanya dipisahkan 41 mata ketika perlumbaan menyajikan 100 mata untuk dipungut.

“Perlumbaan MSBK adalah sebagai persiapan ke ATC dan misi saya adalah untuk muncul juara di Sepang. Tujuan utama adalah mengutip pengalaman terbaik sebelum turun ke Litar Mandalika.

“Saya tahu, pusingan ter­akhir ATC nanti bukan satu cabaran yang mudah kerana Furusato juga melakukan persiapan cukup rapi untuk bergelar juara keseluruhan. Saya difahamkan dia turut menyertai Red Bull Rookies Cup.

“Apa pun, saya yakin peluang masih belum tertutup kerana terdapat lagi empat perlumbaan di Mandalika yang menyajikan 100 mata untuk diburu.

“Misi utama saya adalah memastikan Furusato terus berada di belakang dan saya perlu menjuarai atau menaiki podium di Mandalika nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Danial Syahmi mengakui dia telah melakukan persiapan yang rapi dan yakin pengalaman di MSBK dapat membantu mendapatkan tunggangan terbaik di Litar Mandalika.

“Litar Mandalika adalah baharu, jadi ia menjadi pengalaman pertama bagi setiap pelumba. Saya yakin perlumbaan itu akan menarik dan akan berlaku kejutan,” ujarnya.

POPULAR

BERITA BERKAITAN