fbpx

Tiga lelaki Myanmar seludup masuk 199 PATI dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki Myanmar dipenjara dua tahun atas kesalahan menyeludup 199 PATI daripada etnik Rohingya pada tahun lalu.

ALOR SETAR – Tiga lelaki Myanmar dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan menyeludup masuk seramai 199 pendatang asing tanpa izin (PAT) warga Myanmar pada tahun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh iaitu Muhammed Ishaq, 50; Enamullah, 28, dan Zubair, 19, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mahazan Mat Taib.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka yang merupakan kru bot didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan sebuah bot berwarna kelabu tanpa nombor pendaftaran di Pantai Teluk Nibong Sirat, Langkawi dekat sini kira-kira pukul 9 pagi, 5 April 2020.

Kesemua 199 PATI tersebut terdiri daripada etnik Rohingya berusia antara empat hingga 47 tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Hazwan Helmi Mohd. Zainol mengikut Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI