fbpx

Minum air banyak bukan penentu buah pinggang selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian dibuat Dr. Rafidah di TikTok miliknya

PETALING JAYA- Petua dikongsikan oleh rata-rata peniaga produk kecantikan mahupun kesihatan yang meminta pengguna untuk minum air dalam kuantiti banyak bagi melindungi buah pinggang disifatkan sebagai kurang tepat.

Sebaliknya, buah pinggang seseorang pengguna yang mengamalkan produk kecantikan bagi tujuan pemutihan dan sebagainya boleh menjadi rosak walaupun selepas meminum air putih dalam kuantiti banyak setiap hari.

Perkara itu didedahkan Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah menerusi perkongsian di laman TikToknya dengan menjelaskan meminum air bukan penyelamat kepada masalah kerosakan buah pinggang.

“Saya bila dengar, minum air banyak boleh elak rosak buah pinggang, terutamanya nasihat daripada penjual produk, apa nak buat ramai percaya dan terpedaya.

“Jadi, buah pinggang tetap akan rosak ya kalau ambil produk, tidak kira berapa banyak air diminum,” katanya.

Sementara itu, video dikongsikan Dr. Rafidah di TikToknya mendapat lebih daripada 11,900 tanda suka selain menerima lebih daripada 500 komen balas.

Rata-rata pengguna media sosial turut dilihat bersetuju dengan kenyataan tersebut malah ada daripada mereka berkongsi pengalaman mengenai kerosakan buah pinggang ekoran daripada pengambilan produk.

“Betul waktu saya hantar suami dialisis, saya ada dengar seorang yang sihat dan aktif pun boleh mengalami kerosakan buah pinggang akibat pengambilan produk kesihatan,” kata @dzeli1.

“Ada kawan saya dulu dia gemuk, dia amalkan jus kurus, tiga tahun lepas itu, dia kena kanser usus, sangat kurus kini, hari-hari menangis sebab sakit,” cerita @Ayra.

“Macam saya doktor,ambil pil kurus, memang kurus dengan cepat, tak sampai enam bulan kena serangan jantung, sedangkan saya atlet di sekolah,” kongsi @mooniera. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI