fbpx

Sebut perkataan rasis, Giselle dituntut mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GISELLE

PEMINAT menuntut penjelasan dan permohonan maaf daripada anggota kumpulan Aespa iaitu Giselle selepas sebuah video memaparkan dia menuturkan perkataan berbaur rasis.

Dalam video yang dimuat naik baru-baru ini, tiga orang ahli kumpulan itu iaitu Karina, Giselle dan Ningning dikritik kerana melakukan ‘lip-sync’ perkataan makian berbaur rasis.

Mereka bertiga dilihat menari dan menyanyikan lagu daripada SZA iaitu Love Galore, tetapi peminat mendapati Giselle menuturkan satu perkataan ‘n’ dalam lirik.

Bagaimanapun, agensi kumpulan itu iaitu SM Entertainment tidak mengeluarkan sebarang penjelasan atas tuduhan tersebut tetapi meletakkan video berkenaan dalam tetapan peribadi.

Disebabkan tindakan tersebut, ramai peminat menuntut permohonan maaf daripada artis idola itu kerana didakwa menyebut perkataan sensitif.

Akan tetapi, terdapat segelintir peminat yang menganggap Giselle tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana dia hanya menggerakkan bibir mengikut lirik lagu tersebut semata-mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI