fbpx

Ganabatirau mohon maaf tengking JPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANABATIRAU memohon maaf pada sidang akhbar itu.

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V. Ganabatirau memohon maaf atas tindakannya mengeluarkan kata kesat dan menengking kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kelmarin.

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat susulan sebuah video yang tular di media sosial sehingga menerima kritikan oleh pelbagai pihak.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor mengakui kekhilafan itu ketika meninjau dan memantau isu banjir di Taman Sri Muda, di sini.

“Saya bukan mahu menjadi hero atau menunjuk kuasa namun hanya berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu.

“Namun, saya sedar telah bertindak kasar dan memohon maaf secara ikhlas serta sepenuh hati kepada pihak terlibat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, petang tadi.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs)
mendesak Ganabatirau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penjawat awam terutama kakitangan Jabatan Pengairan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Mengulas lanjut, Ganabatirau menjelaskan, beliau hanya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat selepas menerima aduan penduduk mengenai masalah banjir di beberapa lokasi di kawasan berkenaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI