fbpx

Pelakon Alec Baldwin tembak mati kru filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEC BALDWIN

NEW DELHI – Butiran panggilan kecemasan 911 yang dibuat sejurus selepas insiden tragis di set penggambaran filem Hollywood, Rust  didedahkan kepada umum, lapor akhbar The Indian Express hari ini.

Ia menggambarkan kekeliruan dan ketakutan di ladang Bonanza Creek Ranch yang menjadi set penggambaran filem itu dekat Santa Fe, dalam negeri New Mexico.

Dalam insiden tersebut, penerbit dan pelakon filem berkenaan, Alec Baldwin melepaskan satu das tembakan daripada ‘pistol sejuk’ yang merujuk kepada senjata api tanpa peluru atau berisi peluru kapur yang tidak berbahaya.

Bagaimanapun, tembakan itu membunuh ketua jurukamera, Halyna Hutchins, 42 dan mencederakan pengarah filem, Joel Souza.Dalam rakaman audio yang diperoleh laman berita hiburan TMZ , pemanggilnya berkata: “Kami perlukan bantuan segera. Kami perlu ambulans di Bonanza Creek Ranch sekarang. Kami ada dua orang ditembak secara tidak sengaja di set penggambaran.” 

Pemanggilnya dikenal pasti dalam laporan berita sebagai penyelaras skrin untuk IMDB, Mamie Mitchell.

Sementaraa itu, Baldwin berkongsi kenyataan di laman Twitter selepas insiden itu untuk menyuarakan rasak terkejut dan sedihnya mengenai tragedi yang berlaku..

“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan terkejut dan sedih saya berhub ung insiden yang meragut nyawa Halyna Hutchins. Mendiang ialah seorang isteri dan  ibu yang amat dikagumi oleh rakan-rakan sekerja kami. Saya bekerjasama penuh dengan siasatan polis untuk mengenal pasti bagaimana tragedi ini berlaku,” katanya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI