fbpx

Obses KLCC, Elfira ditebak hamil anak kembar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Elfira bersama keluarga yang berlatarkan KLCC mengundang spekulasi peminat bahawa pelakon itu sedang hamil anak kembar.

SELEPAS mengumumkan kehamilan keduanya pada Rabu lalu, ada cerita baharu yang menarik perhatian peminat Elfira Loy untuk berbicara tentang berita gembira tersebut.

Semuanya gara-gara tulisan kapsyen Elfira dalam hantaran foto bersama suami, Faris Khairul Anuar dan anak sulung mereka, Muhammad Rayyan berlatar Menara Berkembar Petronas (KLCC).

“Saya obses dengan menara berkembar,” tulisnya ringkas.

Kapsyen ditulis pelakon berusia 27 tahun itu pantas mengundang keterujaan peminat kerana menyangka dia seakan-akan memberi bayangan sedang hamil anak kembar.

Wah, kalau betul anak kembar, seronoknya! Untung Rayyan dapat dua orang adik sekali gus.

Tapi walaupun ramai yang mengharapkan kata-kata pelakon itu menjadi realiti, tetapi Elfira tidak mengiyakan mahupun menidakkan komen peminat.

Tak apalah, kalau betul, doakan sahaja kandungan Elfira selamat dan sihat sehingga dilahirkan kelak. Kembar atau tidak, apa yang penting bayi dan ibunya sihat.

DIVA: Zizan kata dia suka Penang. Siap cakap, mungkin jodohnya anak Mami. Kalau macam tu, cepatlah cari Zan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI