fbpx
KIM SEON-HO

Kim Seon-ho ‘dijatuhkan’ bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS terjebak kontroversi melibatkan bekas kekasih dan digugurkan daripada beberapa naskhah drama, pelakon Kim Seon-ho masih belum berpeluang untuk berasa lega.

Terbaharu, bekas kekasihnya menerusi firma guaman dilantik bakal mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengugut untuk membunuh atau melanggar privasinya.

“Kami peguam Lee Dong-hoon dan Jung Da-eun dari firma guaman Best Way yang mewakili bekas kekasih Kim Seon-ho.

“Dia yang hanya dikenali sebagai ‘A’ menghadapi serangan tanpa henti termasuklah ugutan bunuh.

“Disebabkan itu, A sedang mengalami tekanan psikologi yang teruk hingga menyukarkan dirinya menjalani kehidupan seharian secara normal,” kata wakil firma berkenaan.

Bagi mengelakkan anak guamnya yang bukan seorang selebriti terus menderita, firma guaman berkenaan mereka akan mengambil tindakan undang-undang untuk itu.

“Kami turut meminta wartawan mengelak daripada menyiasat A dan berhenti untuk menemu ramahnya.

“Firma guaman kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi A termasuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang wanita telah menulis entri dalam laman komuniti menuduh seorang pelakon yang pernah bersamanya telah memaksa untuk mengugurkan kandungan dengan perjanjian akan berkahwin dengannya.

Selang beberapa hari, Kim Seon-ho membuka cerita dan mengakui dirinya sebagai pelakon yang dimaksudkan selain turut memuat naik permohonan maaf atas kesilapannya.

POPULAR