fbpx
Nama ABCDEFG HIJKL ZUZU merupakan idea daripada bapa kanak-kanak itu ketika sedang menyelesaikan teka silang kata. - Kompas TV

Tular kanak-kanak miliki nama ‘ABCDEFG HIJKL ZUZU’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang kanak-kanak di Indonesia menjadi tular di media sosial baru-baru ini kerana memiliki nama ABCDEFG HIJKL ZUZU, lapor laman Tribunnews semalam.

Menurut bapa kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Zulfahmi, 41, idea untuk menamakan anaknya dengan nama pelik itu muncul ketika dia cuba menyelesaikan permainan teka silang kata pada tahun 2009.

Jelas Zulfahmi, daripada situ, muncul idea untuk menamakan anaknya dengan susunan abjad dengan harapan agar anaknya nanti boleh menjadi seorang ahli linguistik atau mempelajari ilmu mendalam tentang bahasa.

“Terdapat maksud tersirat di sebalik nama itu. Dulu, saya berhasrat untuk mempelajari ilmu bahasa, namun cita-cita tersebut tidak kesampaian,” katanya.

Menurut Zuzu, dia lebih kerap disapa sebagai ‘Adef’ di mana huruf ‘B’ dan ‘C’ daripada namanya itu dibuang.

Zulfahmi mendedahkan bahawa semasa kecil, anaknya itu pernah dijadikan bahan jenaka oleh rakan-rakan  yang menyamakan nama  pelik itu dengan produk yang memiliki abjad ABC di pasaran seperti Kicap ABC.

“Oleh kerana ejekan itu, dia tidak ke sekolah selama dua hari. Namun, kami tetap memberi semangat kepadanya dengan mengatakan bahawa satu hari nanti dia akan berbangga dengan namanya,” kata Zulfahmi. – AGENSI

POPULAR