fbpx

Penjual susu kambing didakwa tetak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Irfan (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini untuk menghadapi pertuduhan menetak seorang lelaki dengan menggunakan sebilah parang kira-kira dua minggu lalu.

KOTA BHARU – Seorang penjual susu kambing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak seorang lelaki dengan menggunakan sebilah parang kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhamad Irfan Mat Naih, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan sebilah parang terhadap seorang lelaki, Nur Azizi Noruddin, 28, sehingga mangsa mengalami kecederaan patah tulang lengan dan retak tulang paha sebelah kiri.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah kawasan kebun di Kampung Dewan Kecil, Labok dekat Machang kira-kira pukul 11.45 malam pada 9 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 6 Disember depan untuk sebutan semula kes.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI