fbpx

Orang ramai seronok tengok Ebit dan Bidadari di Swiss

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit dan isteri beliau

PETALING JAYA – “Baru pertama kali nampak ustaz betul-betul pergi bercuti selepas berbulan-bulan menolong orang susah”

Itulah salah satu komen yang singgah di ruangan komen Facebook milik pendakwah bebas, Ebit Lew yang berkongsi momen-momen gembira dia sedang meluangkan masa bersama keluarga tercinta di Switzerland hari ini.

Menerusi perkongsian gambar di Facebooknya, beliau kelihatan sangat ceria sambil berjalan-jalan dengan menikmati pemandangan yang indah dan ditemani oleh isteri dan empat anaknya.

Ebit serta keluarganya

Berdasarkan ‘posting’ di Facebook hari ini, beliau mengucapkan sangat bersyukur kerana Allah S.W.T memberikan segalanya ketika waktu dia reda akan apa sahaja yang sedang berlaku.

“Alhamdulillah dah sampai Switzerland. Bidadariku, baikkan Allah, dia yang memberi segalanya. Bahagia dari Allah dan dialah yang beri bahagia dulu kini selamanya. Tugas kita hanya mengenalnya.

“Bersyukur padanya, ya Allah betapa diriku menyayanginya. Sayanglah padanya. Sayanglah pada kami. Hanya kasih sayangmu yang kami harapkan. Dapat Reda Allah dapatlah segalanya. Berilah Redamu pada kami semua,” katanya di Facebook.

Ebit kelihatan sangat ceria sambil berjalan-jalan dengan menikmati pemandangan yang indah dan ditemani oleh isteri dan empat anaknya.

Susulan daripada perkongsian itu, orang ramai berasa sangat gembira dengan perkembangan yang dilalui oleh ustaz Ebit Lew dan ada juga yang mendoakan kesejahteraan beliau bersama keluarganya.

“Alhamdulillah, selamat bercuti ustaz Ebit Lew dan sekeluarga, semoga Allah sentiasa melindungi ustaz sekeluarga di mana sahaja anda berada,” kata Dayang Linda.

“Jarang-jarang dapat tengok ustaz begini, Alhamdulillah dan semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah,” jelas Zurieza Haris.

“Tumpang bahagia bila melihat keluarga ustaz, selamat bercuti dan selamat kembali dengan selamat, semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T walau di mana sahaja berada, insyaallah,” ujar Unie Uniah.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Ebit Lew kini sedang bercuti bersama keluarga tercintanya di Switzerland bagi meluangkan masa bersama keluarganya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI