fbpx

Mercedes, Petronas kekal jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERCEDES dan Petronas menjadi entiti paling dominan untuk tempoh 10 tahun kebelakangan ini dalam saingan F1 apabila meraih tujuh gelaran dunia. – AFP

PASUKAN Mercedes menafikan dakwaan bahawa syarikat gergasi petroleum Arab Saudi, Aram­co akan menjadi penaja utama mereka musim depan ekoran Petronas dikatakan bakal menarik diri selepas saingan musim ini berakhir.

Kelmarin, timbul khabar angin menyatakan Petronas akan menamatkan kerjasama dengan Mercedes menjelang akhir musim 2021 selepas 11 tahun menjalankan kerjasama dengan pasukan berpangkalan di Brackley itu.

Berita itu dikuatkan lagi dengan susulan tindakan Petronas mengumumkan untuk tidak lagi menaja pasukan Sepang Racing Team (SRT) yang menyertai Kejuaraan Motosikal Dunia bermula musim depan.

Memetik laporan Decalspotters, pasukan Jerman itu bakal ditaja sepenuhnya oleh syarikat gergasi petroleum Arab Saudi, Aramco dengan nilai tajaan lumayan dan butirannya bakal didedahkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak iaitu Mercedes dan Petronas menafikan khabar angin berkenaan yang dianggap tidak berasas sama sekali.

“Petronas dan Mercedes telah menjalinkan kerjasama jangka panjang sejak 2010 sekali gus menguntungkan kedua-dua belah pihak.

“Tahun lalu, kami menyambung kerjasama ini untuk tempoh beberapa tahun, malah kami bangga meneruskan kerjasama ini untuk memberikan prestasi terbaik,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak berkenaan.

Kerjasama Mercedes dan Petronas menyaksikan mereka berjaya meraih kejayaan luar bia­sa dengan merangkul tujuh kali gelaran kategori pengeluar dan juga pelumba.

Atas kejayaan tersebut, pada 2019, Mercedes telah memperbaharui kerjasama mereka hingga 2025 untuk memastikan syarikat minyak dari Malaysia itu kekal menjadi penaja utama serta rakan teknikal. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI