fbpx

Lelaki mengamuk kecewa ditinggalkan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUBANG JAYA – Akibat terlalu kecewa ditinggalkan isteri dipercayai faktor yang mendorong seorang lelaki mengamuk sehingga mendatangkan ketakutan kepada penduduk di sebuah flat, dekat sini kelmarin.

Bagaimanapun suspek yang berusia 42 tahun itu berjaya diberkas polis pada pukul 8 malam di lokasi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, bertindak atas aduan orang awam, sepasukan anggota polis telah ke lokasi untuk menahan suspek yang dilihat agresif.

“Suspek didapati mengamuk dalam keadaan agresif hingga mendatangkan ketakutan kepada penduduk sekitar.

“Kita berjaya tahan suspek untuk tindakan selanjutnya dan tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan,” ujarnya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tekanan perasaan yang dialami suspek selepas ditinggalkan isterinya.

“Suspek turut mengalami tekanan perasaan apabila perniagaannya berdepan kerugian, bahkan suspek pernah ditahan di wad psikiatri selama dua minggu.

“Suspek kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana masalah mental yang dihadapinya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI