fbpx

Lebuh raya masih terkawal, tempat rekreasi sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pergerakan kenderaan lancar di kedua-dua arah di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kulai, Johor ketika cuti umum Maulidur Rasul dalam PPN Fasa 3 hari ini.

JOHOR BAHRU – Pergerakan kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan dilihat lancar tanpa sebarang kesesakan walaupun cuti umum Maulidur Rasul hari ini.

Tinjauan Kosmo! di Plaza Tol Skudai, Kempas dan Kulai mendapati aliran kenderaan yang memasuki plaza tol masih lancar di kedua-dua laluan masuk dan keluar ke selatan mahupun utara.

Laluan di Jalan Skudai menuju ke pusat bandaraya Johor Bahru masih bergerak lancar walaupun terdapat penambahan kenderaan di atas jalan raya.

Kesempatan cuti umum hari ini, warga Johor dilihat tertumpu ke pusat beli-belah dan berkelah ke kawasan peranginan di negeri ini berbanding merentas negeri.

Tumpuan orang ramai lebih tertumpu ke kawasan perkelahan antaranya Hutan Lipur Gunung Pulai.

Sejak awal pagi orang ramai mulai beratur untuk memasuki kawasan perkelahan yang dibuka pukul 8 pagi hingga 3 petang.

Begitu juga dengan pusat beli-belah, kalau sebelum ini tempat meletak kereta di Angsana Mall lenggang, kini penuh dengan kenderaan para pengunjung yang datang sama ada untuk membeli-belah atau untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI